Penerangan
OPERASI TAHUN BAHARU CINA (OPS TBC) 2021 OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (CAWANGAN TAWAU)
11 - 13 Feb 2021
Rondaan darat dan siasatan susulan aduan pencemaran alam sekitar semasa cuti umum Tahun Baharu Cina dilaksanakan di kawasan Industri Tanjung Batu, Jalan Apas, kawasan Industri Megah Jaya, Balung, Inderasabah, Sungai Burung, Merotai, Sungai Iman, Bombalai dan Kalabakan. Ketua Cawangan dan beberapa staf turut serta dalam operasi ini.
Hasil OPS mendapati terdapat pembakaran terbuka dikesan dan amaran telah diberikan. Pasukan juga telah meninjau keadaan sungai yang berada di Jalan Kalabakan - Tawau, Sungai Balung dan Sungai Tawau, namun tidak menemui apa apa kesan yang mencurigakan dan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar.
"ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jassabah
#alamsekitartanggungjawabbersama