PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI TAHUN BAHARU CINA (OPS TBC) 2021 OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (CAWANGAN SANDAKAN)

DOE Sabah 16/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI TAHUN BAHARU CINA (OPS TBC) 2021 OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (CAWANGAN SANDAKAN)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
16/02/2021
Organisasi
DOE Sabah

Penerangan

OPERASI TAHUN BAHARU CINA (OPS TBC) 2021 OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (CAWANGAN SANDAKAN) 11 Februari 2021 Pemantauan dan pemeriksaan punca pencemaran di sekitar hulu lembangan Sungai Segaliud yang berisiko menyebabkan pencemaran sungai dan menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Segaliud, Sandakan. Hasil pemantauan tiada sebarang kesan pencemaran daripada punca-punca berkenaan memasuki alurair. Muka sauk dan LRA Sungai Segaliud beroperasi seperti biasa. 12 – 14 Februari 2021 Rondaan darat dan pemantauan ke semua kawasan perindustrian di daerah Sandakan, Kawasan-kawasan perumahan, Kawasan-kawasan yang sedang dalam projek pembangunan dan tapak pelupusan sampah Majlis Perbandaran Sandakan. Pemantauan ke sekitar punca-punca pencemaran di sepanjang sungai Seguntor dan pemerhatian ke atas sungai Seguntor juga turut dilakukan sepanjang tempoh cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina ini. Hasil siasatan dan pemantauan mendapati, sebahagian besar premis tidak beroperasi dan tidak menemui sebarang kesan pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Penggunaan Drone tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Ketua Cawangan dan beberapa staf telah turut serta dalam operasi ini. "ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA" #kementerianalamsekitardanAir #jabatanalamsekitar #jassabah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan