Penerangan
OPERASI TAHUN BAHARU CINA (OPS TBC) 2021 OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (CAWANGAN SIPITANG)
11 Februari 2021
Rondaan OMPT, pemantauan dan pemeriksaan punca pencemaran di sekitar daerah Beaufort, Keningau, Sook dan Nabawan. Rondaan mensasarkan tapak pelupusan sisa pepejal daerah Keningau dan kawasan industri / perniagaan seperti kilang2 kayu, kedai2 dan warehouse di Ulu Patikang. Hasil rondaan & pemantauan tiada pembakaran terbuka dan pencemaran lain dikesan. Premis2 sudah bercuti atau beroperasi separuh hari. Notis Arahan dikeluarkan kepada beberapa premis.
12 Februari 2021
Rondaan darat dan pemantauan di jalankan sekitar daerah Tenom, Sipitang dan Beaufort. Pemantauan dan pemeriksaan punca yang ditetapkan iaitu beberapa kilang kelapa sawit, khususnya bahagian kolam rawatan efluen (spe), tapak pelupusan empty fruit bunches (efb) dan alurair berhampiran premis bagi mengesan sebarang pencemaran. Antara pencemaran yang dipantau adalah pembakaran terbuka dan air resapan dari efb /kolam spe yang berpotensi menjejaskan alur air sungai dan loji rawatan air (LRA) berhampiran seperti LRA Gadong dan LRA Tenom jika berlaku.
Hasil siasatan dan pemantauan mendapati, sebahagian besar premis tidak beroperasi sepwnuhnya. Hanya aktiviti penerimaan buah sawit sahaja dilakukan.
Terdapat dua kilang sawit akan disusul Notis Arahan kerana didapati berlaku resapan efb ke alur air berdekatan.
Rondaan tidak mengesan pembakaran terbuka selain keadaan cuaca yg mendung dan gerimis sekitar kawasan yg di pantau.
13 Februari 2021
Rondaan darat dan pemantauan premis yang pernah diadu sekitar daerah Kuala Penyu, Menumbok dan Beaufort. Beberapa premis tidak beroperasi sempena cuti umum Tahun Baru Cina. Cuaca hujan sepanjang rondaan, namun kawasan sekitar Jalan Kuala Penyu - Membakut perlu dipantau berikutan wujudnya timbunan sisa pertanian/belukar yg berpotensi utk dijadikan pembakaran terbuka. Drone tidak dapat diterbangkan kerana cuaca tidak mengizinkan.
"ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
#kementerianalamsekitardanAir
#jabatanalamsekitar
#jassabah