PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

Pembentangan Mengenai Pengurusan Kenderaan Terbiar: Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen atau Authorised Automotive Treatment Facility (AATF)

DOE WP Putrajaya 15/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pembentangan Mengenai Pengurusan Kenderaan Terbiar: Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen atau Authorised Automotive Treatment Facility (AATF)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/02/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Bahagian Bahan Berbahaya telah mengadakan satu pembentangan mengenai Pengurusan Kenderaan Terbiar: Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen atau Authorised Automotive Treatment Facility (AATF) kepada YBrs. Dr Nagulendran a/l Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar) Kementerian Alam Sekitar Dan Air pada 9 Februari 2021 secara maya Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi, Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, JAS Ibupejabat. Di antara Objektif pembentangan ialah: • Inisiatif yang telah diambil oleh JAS dalam menangani isu kenderaan terbiar, mekanisme pengurusan dan status projek; dan • Cadangan mempromosikan AATF ke arah pengurusan kenderaan terbiar yang lebih lestari dan mesra alam selaras dengan konsep Circular Economy terutamanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan Turut hadir di dalam sesi tersebut adalah wakil dari Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), Bahagian Perubahan Iklim (BPI), Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) dan Bahagian Udara, JAS Ibupejabat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan