Penerangan
OPERASI TAHUN BARU CINA 2021 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
KUANTAN, 11 - 14 FEBRUARI 2021: Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menjalankan Operasi Tahun Baru Cina 2021 bermula 11 Februari 2021 sehingga 14 Februari 2021.
Operasi selama 4 hari ini menyasarkan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas premis-premis yang terletak di kawasan hulu takat pengambilan air dan lembangan sungai, termasuklah:
1. Kilang Kelapa Sawit
2. Loji Rawatan Kmbahan
3. Loji Rawatan Air
4. Kawasan-Kawasan Perindustrian (Kuantan, Gambang, Pekan dan Jengka)
5. Aktiviti di sekitar lembangan sungai
6. Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT)
7. Pemantauan Tanah Gambut
Operasi ini merupakan salah satu langkah proaktif Jabatan Alam Sekitar dalam mencegah premis daripada mengambil kesempatan mencemarkan alam sekitar pada waktu cuti umum.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#alamsekitartanggungjawabbersama