PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN SEMASA TAHUN BARU CINA TERUS DILAKSANAKAN

DOE Pahang 15/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN SEMASA TAHUN BARU CINA TERUS DILAKSANAKAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/02/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

PEMANTAUAN SEMASA TAHUN BARU CINA TERUS DILAKSANAKAN TEMERLOH, 14 FEBRUARI 2021 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Temerloh terus menjalankan pemantauan melalui Operasi mencegah pembakaran terbuka di sekitar Daerah Temerloh. Pasukan peronda menumpukan kepada lokasi yang terdapat kerja pembersihan tanah dijalankan di mana terdapat longgokan- longgokan kayu yang berpotensi menjadi tempat pembakaran terbuka. Pasukan peronda telah menampal poster larangan pembakaran terbuka di lokasi-lokasi tersebut bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka daripada berlaku. JAS berharap pemaju-pemaju projek pembangunan tidak mengambil kesempatan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara persekitaran dan boleh menjadi satu kacauganggu kepada penduduk setempat. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan