PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MALAM AWAL REJAB JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG

DOE Pahang 15/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MALAM AWAL REJAB JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/02/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

OPERASI MALAM AWAL REJAB JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG KUANTAN, 14 FEBRUARI 2021: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menjalankan Operasi Malam Awal Rejab dalam usaha meninjau premis yang berpotensi menyebabkan pencemaran pada waktu malam. Operasi yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tuan Haji Mohd Sani Bin Mat Daud ini disertai seramai 15 pegawai-pegawai JAS Pahang (Kuantan). Tumpuan diberikan kepada premis-premis yang terletak di Kawasan Perindustrian Semambu dan Damansara, terutama yang mempunyai pelepasan effluen ke alur air dan pelepasan bendasing ke udara. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan