BUKAN HANYA BEROPERASI, ALAM SEKITAR JUGA PERLU DIJAGA
GEBENG, 13 FEBRUARI 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng telah menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar Kawasan Perindustrian Gebeng sehingga persempadanan Pahang-Terengganu di Chendor.
Meskipun cuti Tahun Baru Cina, JAS Cawangan Gebeng komited menjalankan pemantauan pencemaran dengan memberi fokus kepada operasi premis yang berkemungkinan melakukan pelepasan efluen tanpa dirawat, pelepasan pencemaran udara daripada cerobong-cerobong kilang dan mengesan kegiatan pencemaran alam sekitar serta aktiviti yang mencurigakan sehingga boleh menyebabkan pencemaran.
JAS Cawangan Gebeng juga turut memantau kawasan berisiko terbakar iaitu kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan pencemaran udara.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaspahang