PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS TAHUN BARU CINA DI SEKITAR DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN LIPIS

DOE Pahang 15/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS TAHUN BARU CINA DI SEKITAR DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN LIPIS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/02/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

OPS TAHUN BARU CINA DI SEKITAR DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN LIPIS 13 FEBRUARI 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan operasi bersepadu bersama pasukan Jabatan Kesihatan Daerah Cameron Highlands bagi penguatkuasaan ke atas 15 buah loji rawatan kumbahan di sekitar Cameron Highlands. Program penguatkuasaan akan diteruskan sehingga 14 Februari 2021 bagi mengawal pematuhan premis yang berpotensi menyumbang kepada kemerosotan kualiti air terutamanya sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baru Cina. Terdahulu, sebanyak 6 buah loji rawatan kumbahan juga telah diperiksa di sekitar Daerah Lipis bermula 11 Februari 2021. JAS Cawangan Cameron Highlands juga menjalankan pemantauan secara darat di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung ketika ini bagi memastikan tiada aktiviti pencemaran dilakukan. Operasi dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak mkn dan KKM. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan