PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS TAHUN BARU CINA DI SEKITAR KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG

DOE Pahang 15/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS TAHUN BARU CINA DI SEKITAR KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/02/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

OPS TAHUN BARU CINA DI SEKITAR KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG GEBENG, 12 Februari 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng telah menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar Kawasan Perindustrian Gebeng. Pemantauan pada waktu cuti tahun baru cina ini memberi perhatian kepada operasi premis yang berkemungkinan melakukan pelepasan efluen tanpa dirawat, pemantauan pencemaran udara yang dilepaskan daripada cerobong-cerobong kilang, mengesan kegiatan pencemaran alam sekitar serta aktiviti yang mencurigakan sehingga boleh menyebabkan pencemaran. JAS Cawangan Gebeng juga turut menjalankan pemantauan secara rondaan darat dan melalui drone sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bagi memastikan tiada sebarang pencemaran dilakukan. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jaspahang

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan