PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS TAHUN BARU CINA DI KAWASAN-KAWASAN PERINDUSTRIAN DI TEMERLOH

DOE Pahang 15/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS TAHUN BARU CINA DI KAWASAN-KAWASAN PERINDUSTRIAN DI TEMERLOH
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/02/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

OPS TAHUN BARU CINA DI KAWASAN-KAWASAN PERINDUSTRIAN DI TEMERLOH TEMERLOH, 12 FEBRUARI 2021 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Temerloh telah menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar Kawasan Perindustrian Mentakab dan Sonsang, Temerloh. Pemantauan yang dijalankan menumpukan kepada premis-premis yang melepaskan efluen ke alur air dan melepaskan asap dari cerobong. Pasukan peronda juga memantau lokasi-lokasi tapak pelupusan sampah haram yang menjadi tempat aktiviti pembakaran dengan menampal poster-poster amaran larangan pembakaran terbuka di lokasi tersebut. Pihak premis diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan melakukan sebarang pelepasan atau aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar dan sentiasa menastikan pelepasan efluen dan udara mengikut standard pelepasan yang telah ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan