PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

ADUAN PENCEMARAN SUNGAI DISIASAT DENGAN SEGERA

DOE Pahang 15/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PENCEMARAN SUNGAI DISIASAT DENGAN SEGERA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/02/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

ADUAN PENCEMARAN SUNGAI DISIASAT DENGAN SEGERA JERANTUT, 30 JANUARI 2021 - Ekoran daripada aduan pencemaran yang diterima, Pasukan Penguatkuasa JAS Pahang yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAS Pahang, Puan Noor Shahniyati bt Ahmad Shukri telah melakukan siasatan ke lokasi yang diadukan. Turut hadir dalam siasatan ini adalah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Pahang. Pejabat Perhutanan Daerah Jerantut, Pejabat Tanah & Galian Pahang, Unify Enforcement Negeri Pahang dan wakil penduduk setempat. Pendakian secara fizikal selama tiga (3) jam untuk sampai ke lokasi aduan di puncak bukit Hutan Simpan Jerantut Tambahan yang berketinggian kira-kira 357 meter dari aras laut. Persampelan air sungai yang berhampiran dengan lokasi aduan telah dilakukan oleh JAS Pahang dan akan dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Tindakan perundangan akan diambil sekiranya aktiviti ini tidak mematuhi perundangan yang telah ditetapkan oleh bidang kuasa setiap jabatan. Siasatan dijalankan mengikut SOP dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak KKM dan MKN. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan