PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

HARI KE-3 OPERASI TAHUN BAHARU CINA (OPS TBC)-JAS NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 14/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
HARI KE-3 OPERASI TAHUN BAHARU CINA (OPS TBC)-JAS NEGERI TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
14/02/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

13 Februari 2021- Kuala Terengganu, Terengganu Jabatan Alam Sekitar (JAS)  Negeri Terengganu  terus  menjalankan OPS TBC yang telah memasuki hari ke-3. Operasi hari ini tertumpu kepada premis-premis yang menghasilkan beban pencemaran yang tinggi di daerah Hulu Terengganu , Marang dan Kuala Terengganu terutamanya di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai dan Kawasan Perindustrian Ajil. Rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) turut dilakukan di kawasan tapak pelupusan sampah  dan juga di kawasan perumahan dan perkampung di sepanjang laluan tersebut. Berdasarkan siasatan dan pemeriksaan di kawasan perindustrian terbabit  dari waktu siang sehingga malam  tiada aktiviti mencurigakan ditemui. Tiada pelepasan habuk dan asap hitam dikesan dan tiada aktiviti pembakaran terbuka dilakukan. Pasukan rondaan OMPT ini juga turut menyiasat aduan pembakaran terbuka di Kampung Kubang Buyung, Kuala Terengganu yang mendapati aduan ini adalah berasas. Susulan itu, amaran keras telah diberikan beserta penyerahan risalah larangan pembakaran terbuka diberikan. Di samping itu juga pemasangan sepanduk (banner) larangan pembakaran terbuka telah dibuat di kawasan-kawasan yang berpotensi aktiviti ini dilakukan semasa rondaan dijalankan. Secara keseluruhannya, operasi pada hari ini menunjukkan pematuhan premis adalah baik dan tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu akan terus komited melaksanakan penguatkasaan pada musim perayaan ini agar tiada insiden pencemaran berlaku di Terengganu.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan