PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS TBC OLEH JCK -JAS NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 14/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS TBC OLEH JCK -JAS NEGERI TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
14/02/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

13 Februari 2021 - Kemaman, Terengganu Sempena cuti umum Tahun Baharu Cina, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman dengan 4 orang anggota telah menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran di sekitar kawasan yang berpotensi untuk berlakunya pencemaran.Aktiviti rondaan dan pemantauan pencemaran yang telah dijalankan adalah menggunakan dron di Tapak Pelupusan Sampah Mak Chili ; Bekas tapak industri besi di Kemaman Supply Base ; Menyusuri Sungai Ruang yang menerima pelepasan efluen terolah dari kawasan Perindustrian Teluk Kalong,Kawasan Perindustrian Petrokimia Kerteh. Aktiviti rondaan mencegah pembakaran terbuka telah dijalankan  Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman Supply Base dan Kawasan Perindustrian Kertih ; dan di sekitar kawasan Kg. Besut, Chukai, Pengkalan Pandan, Kijal, Bukit Kuang dan Desa Solehah.Aktiviti rondaan dan pemantauan telah dijalankan pada waktu siang dan juga malam hari.Tiada sebarang pembakaran terbuka dan keadaan yang mencurigakan dikesan sepanjang rondaan dan pemantauan dijalankan. Dalam usaha memastikan kualiti alam sekitar di Negeri Terengganu khususnya di Daerah Kemaman sentiasa berada dalam keadaan baik, aktiviti rondaan dan pemantauan akan diteruskan pada hari cuti hujung minggu dan cuti umum.