Penerangan
11 Februari 2021- Kuala Terengganu, Terengganu
Dalam memastikan tiada kes-kes pencemaran alam sekitar berlaku sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu melaksanakan Ops Tahun Baharu Cina 2021 bermula pada hari ini.Penguatkuasaan pada hari ini tertumpu kepada premis-premis yang menghasilkan beban pencemaran yang tinggi. Penguatkuasaan pada hari ini meliputi Daerah Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu. Selain itu pemantauan melalui drone turut dijalankan bagi mengenal pasti sebarang aktiviti yang mencurigakan atau sebarang pelepasan abnormal di kawasan perindustrian. Pada hari ini penerbangan drone dilakukan di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu.Secara keseluruhannya, pematuhan premis adalah baik dan tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus komited melaksanakan penguatkasaan pada musim perayaan ini agar tiada insiden pencemaran berlaku di Terengganu.