Penerangan
12 Februari 2021- Kuala Terengganu, Terengganu
Pasukan Penguatkuasa di JAS Negeri Terengganu terus menjalankan OPS TBC yang telah memasuki hari ke-2. Operasi hari ini menumpukan kepada rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di sepanjang Jalan Kuala Terengganu – Dungun dan pemantauan ke atas kilang-kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Batu 7 dan Paka, Dungun.Hasil rondaan ini, tiada aktiviti mencurigakan ditemui. Tiada sebarang pelepasan ke alur air ditemui dan tiada kelihatan pelepasan asap dikesan. Namun begitu, pasukan OMPT telah menemui aktiviti pembakaran terbuka di Kampung Alor Tempoyak, Dungun. Susulan itu, amaran keras telah diberikan kepada pelaku dan tindakan pemadaman segera telah diambil. Pemasangan sepanduk (banner) serta penyerahan risalah larangan pembakaran terbuka telah dibuat bagi memberi peringatan agar perkara ini tidak berulang.Pemerhatian dan pemantauan turut dilakukan di kawasan pantai Kuala Abang dan Paka berhampiran dengan Pelabuhan Kerteh, tiada sebarang pencemaran daripada aktiviti perkapalan dan industri petroleum ini dikesan.
JAS Terengganu akan terus menjalankan rondaan dan pemantauan di sepanjang cuti umum sempena sambutan Tahun Baru Cina ini bagi memastikan semua punca-punca pencemaran di seluruh Negeri Terengganu berada pada tahap yang terkawal.