Penerangan
11 Februari 2021 - Kemaman, Terengganu
Dalam memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman telah menjalankan rodaan pemantauan Ops Tahun Baru Cina di beberapa lokasi strategik yang berpotensi untuk berlakunya pencemaran . Pemeriksaan telah dijalankan ke atas Premis Yang DiTetapkan Buangan Terjadual dan seterusnya pemantauan melalui udara menggunakan peralatan drone turut dilaksanakan. Pemantauan dijalankan pada waktu siang dan juga malam hari.Kawasan pemantauan ialah di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kawasan Perindustrian Jakar dan Kawasan Perindustrian Kertih.