PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TAIPING SENTIASA PANTAU PENCEMARAN

DOE Perak 14/02/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TAIPING SENTIASA PANTAU PENCEMARAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
14/02/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

12 Februari 2021, TAIPING – JAS Taiping sentiasa memastikan pemantauan pencemaran dilakukan walau pun pada hujung minggu. Ini dibuktikan melalui rondaan yang dijalankan di seluruh kawasan industri terpilih di sekitar Taiping. . Pemantauan yang dijalankan pada waktu cuti Tahun Baru Cina ini adalah memfokuskan kepada premis yang berkemungkinan beroperasi melepaskan efluen tanpa dirawat, pembakaran terbuka, pemantauan pencemaran udara yang dilepaskan daripada cerobong-cerobong kilang dan mengesan aktiviti yang mencurigakan sehingga boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar. . Pihak premis diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan melakukan sebarang pelepasan atau aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar dan sentiasa memastikan pelepasan efluen dan udara mengikut standard pelepasan yang telah ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan