Penerangan
Suatu Sesi Kunjungan Hormat Kementerian Wilayah Persekutuan kepada YBrs. Puan Norlin Binti Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar telah berlangsung secara maya pada 8 Februari 2021.
Semasa sesi ini telah dibincangkan berkaitan dengan pengurusan dan pelupusan kenderaan terbiar di Wilayah Persekutuan. Jabatan Alam Sekitar turut diwakili oleh YBrs. Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi, Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya serta 4 pegawai dari bahagian yang sama serta En Azlan Bin Ahmad, Pengarah JAS WPKL.
Kementerian Wilayah Persekutuan telah diketuai oleh YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir bin Hj. Wan Sulaiman dan turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), YBhg. Datuk Lokman bin Jamaan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perbandaran & Khidmat Teknikal, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perbandaran & Khidmat Teknikal dan YM Raja Norasyiqin binti Raja Kamarul Bahrin, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perbandaran & Khidmat Teknikal.