Penerangan
PELANCARAN HARI PENGUMPULAN E-WASTE DI PAHANG
KUANTAN, 30 JANUARI 2021 - JAS Pahang telah mengambil inisiatif mengadakan kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E Waste) sempena pelancaran Hari Kutipan E Waste sebagaimana seruan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang menetapkan hari Sabtu terakhir setiap bulan sebagai Hari Pengumpulan E-Waste di Malaysia.
Kempen dilakukan dikalangan warga jabatan sahaja berikutan sebarang aktiviti dan program tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.
Gimik pelancaran kempen telah rasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud, Pengarah JAS Pahang bertempat di JAS Cawangan Gebeng dan disertai oleh Tuan Haji Muhammad Hisyam, Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan pegawai-pegawai JAS Pahang.
Rakyat Pahang yang ingin turut sama menjayakan kempen ini bolehlah menghantar buangan elektrik dan elektronik di pusat pengumpulan E Waste seperti yang tertera di laman sesawang ewaste.doe.gov.my.
"E-Waste Dikitar, Bumi Terpelihara".
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#ewastedikitarbumiterpelihara