CUBAAN MELUPUSKAN BUANGAN TERJADUAL (BT) DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
GEBENG, 25 JANUARI 2021 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang Cawangan Gebeng telah berjaya menahan sebuah lori yang disyaki membawa BT ke Tapak Pelupusan Sampah Daerah Kuantan.
Sampel BT tersebut telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya.
Pihak pengeluar BT telah dikenalpasti dan arahan serta merta untuk mengambil semula BT tersebut dan dibawa ke premisnya untuk diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (BT), 2005.
Walaupun negeri Pahang berada didalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak industri diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan tidak melakukan perkara yang mencemarkan alam sekitar.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaspahang