Penerangan
Tajuk : OPERASI OPS GEMPUR JAS NEGERI PERLIS BIL. 1/2021
Tarikh : 19 - 21 Januari 2021
Tempat : Perlis
Operasi Ops Gempur telah diadakan pada 19 Januari sehingga 21 Januari 2021 ke atas premis-premis yang terletak di negeri Perlis. Ops ini melibatkan keseluruhan tenaga bahagian penguatkuasaan JAS Negeri Perlis seramai 6 orang yang dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Hasil operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 18 premis dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis adalah Arahan Lapangan sebanyak 18. Keseluruhan premis yang dilawati mematuhi AKAS 1974.
Diharapkan dengan Ops Gempur ini dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan dapat meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Ops ini telah berjaya dilaksanakan dengan meningkatnya pematuhan semasa dan mencapai objektifnya. Siri penguatkuasaan akan terus dijalankan sepanjang masa.