Penerangan
Tajuk : RONDAAN PEMANTAUAN SELEPAS WAKTU PEJABAT
Tarikh :26 Januari 2021
Tempat : Perlis
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis terus komited di dalam pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan. Pemantauan kali ini diadakan pada 26 Januari 2021 bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Ia bertujuan untuk memantau aduan seperti pembakaran terbuka, pelepasan effluen dari industri dan lain-lain aduan pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi ini telah berjaya dilaksanakan dengan meningkatnya pematuhan semasa dan mencapai objektifnya. Siri penguatkuasaan dan pemantauan akan terus dijalankan sepanjang masa.