Penerangan
7 Januari 2021, KINTA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan rondaan Ops Mencegah Pembakaran Terbuka di dalam Daerah Kinta pada hujung minggu walaupun masih di dalam tempoh PKP.
.
Pasukan JAS Perak telah berjaya mengesan pembakaran terbuka di suatu kawasan tanah lapang yang baru diratakan. Bagi kes ini, JAS komited membuat siasatan lanjut bagi tindakan perundangan dapat diambil berdasarkan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.