Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMANTAUAN BERTERUSAN PENCEMAR UDARA DAN AIR DI KAWASAN PERINDUSTRIAN KERTIH INDUSTRIAL PETROCHEMICAL COMPLEX (KIPC) DALAM TEMPOH PKP DAN CUTI UMUM OLEH JAS NEGERI TERENGGANU
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 06/02/2021
- Organisasi
- DOE Terengganu
- Lokasi
- Terengganu
Penerangan
22 Januari 2021 (Jumaat)- Kuala Terengganu
Pegawai Penguatkuasa dari Unit Aduan JAS Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman terus melakukan pemantauan pencemaran bau di kawasan KIPC.Pengoperasian alat pengawasan udara, multi gas analyzer & particulate analyzer yang telah dipasang sejak 21 Januari 2021 dipantau secara bergilir-gilir termasuk pada waktu malam bagi tujuan mengumpulkan data-data yang komprehensif dan tepat. Tiada sebarang bau yang ketara di kesan.Pemerhatian secara visual di sekitar kawasan ini juga mendapati tiada sebarang pelepasan asap hitam dikesan dari sistem flaring loji-loji berkenaan termasuk tiada kesan berminyak ditemui di dalam sistem perparitan di sekitar kawasan perindustrian ini.