Penerangan
27 Januari 2021-Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Negeri Terengganu, JAS terus melaksanakan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang yang beroperasi di Negeri Terengganu bagi memastikan operasi kilang ini mematuhi had piawaian yang dibenarkan bagi pelepasan udara dan efluen perindustrian serta pengurusan buangan terjadual mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.