Penerangan
20 Januari 2021 – Pegawai di Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu (JAS Terengganu) dan Cawangan Kemaman yang betanggungjawab mengurus aset kerajaan telah menghadiri “Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Jabatan Alam Sekitar Bil.4/2020 Dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (Fasiliti) Bil.4/2020 secara maya hari ini. Pegawai yang bekerja di pejabat negeri dan cawangan bersama-sama Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan JAS Terengganu,Y.Brs Encik Mohd Norli bin Abdullah telah mengikuti mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Y.Brs Dr. Norhazni binti Mat Sari. Mesyuarat ini diadakan dengan mematuhi Standard Operating Prosedure (SOP) mencegah penularan Covid-19.