Penerangan
5 Februari 2021 - Kemaman, Terengganu
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman telah menjalankan siasatan aduan 3 'titik panas' yang telah diterima dari Ibu Pejabat dan rondaan mencegah pencemaran di Kawasan Bakau Tinggi, Kawasan Perindustrian Kerteh, kawasan Mak Chili dan kawasan 'titik panas'.Pemantauan pelepasan asap hitam dari 'flaring' di Kawasan Perindustrian Kertih turut dijalankan.Tiada sebarang aktiviti dan kesan pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan.Pemantauan akan dijalankan secara berterusan terutamanya semasa cuti hujung minggu ke atas punca-punca yang berpotensi mencemarkan alam sekitar.