Penerangan
30 Januari 2021, MANJUNG - Sebuah kilang seramik telah ditahan kelengkapan kerana kesalahan melepaskan efluen tidak terawat ke longkang awam dalam Ops Teras yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Teluk Intan malam tadi di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, Perak.
Operasi dan rondaan yang bermula dari jam 9.30 malam hingga jam 1.00 pagi tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, Puan Norlin Jaafar, Timbalan Ketua pengarah Operasi JAS dan Pengarah penguatkuasa JAS serta pegawai-pegawai kanan JAS ibu pejabat dan JAS Negeri Perak.