Penerangan
5 Februari 2021, IPOH – Bertindak atas aduan awam, JAS Perak telah menjalankan siasatan di Km 265.3, Terowong Menora menghala ke Ipoh melibatkan kemalangan lori pada sebelah malam 4 Februari 2021. Muatan yang dibawa lori tersebut telah pecah dan mengalami kebocoran.
.
JAS telah mengarahkan pihak syarikat terbabit menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan serta merta dan memantau sehingga selesai kerja-kerja pembersihan dijalankan.
.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah membuat benteng tanah di dalam longkang bagi menyekat aliran di dalam longkang dan selesai menjalankan kerja-kerja meneutralkan kawasan kemalangan pada pukul 2.30 pagi.