Penerangan
31 Januari 2021, Johor Bahru - Sempena pelancaran Hari Pengumpulan E-waste di Malaysia yang ditetapkan pada hari sabtu terakhir setiap bulan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah memulakan kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik di kalangan warga kerja Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Pengumpulan ini telah dibuat di Lobi Utama Pejabat JAS Negeri Johor
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan JASNJ yang terlibat.
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"