Penerangan
1 Feb 2021, Johor Bahru : Walaupun dalam tempoh PKP, Unit Notifikasi JAS Negeri Johor tetap menjalankan tugas melalui kaedah norma baharu iaitu dengan membuat perbincangan secara atas talian bersama pihak perunding serta premis.
Unit Notifikasi akan memproses permohonan bagi sistem pengolahan efluen perindustrian, sistem pengolahan kumbahan, sistem kawalan pencemaran udara dan sistem pembakaran bahan api.
Tujuan perbincangan ini adalah bagi memastikan permohonan Pemberitahuan Bertulis, Perisytiharan Bertulis dan Akuan Bertulis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dilaksanakan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.