Penerangan
18 Januari 2021 (Isnin)
Sepasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman, Negeri Terengganu yang terdiri dari tiga (3) anggota penguatkuasa telah menjalankan siasatan aduan pencemaran sungai yang berpunca dari aktiviti perlombongan bijih yang beroperasi di kawasan Seri Bandi, Daerah Kemaman. Siasatan mendapati aktiviti ini telah menyebabkan kawasan ladang sawit berdekatan telah dicemari lumpur. JAS Negeri Terengganu telah merujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains Negeri untuk tindakan selanjutnya.