PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Peralatan Teknikal|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN DAN PENGESANAN TUMPAHAN MINYAK GUNA DRONE OLEH JAS NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 30/01/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN DAN PENGESANAN TUMPAHAN MINYAK GUNA DRONE OLEH JAS NEGERI TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/01/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERUS MEMBUAT PEMANTAUAN PENGESANAN TUMPAHAN MINYAK MENGGUNAKAN DRONE BAGI KES KAPAL TERKANDAS DI BREAKWATER MUARA SUNGAI TERENGGANU  20 Januari 2021. -Kuala Terengganu Sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri  telah menjalankan pemantauan di lokasi kejadian untuk memastikan tidak tumpahan minyak dikesan.Kejadian yang berlaku pada 18 Januari 2021 telah dimaklumkan oleh Jabatan Laut Wilayah Timur mengenai sebuah kapal MV Setia Kilas milik Alam Maritim Resources Berhad telah terkandas  di breakwater muara Sungai Terengganu kerana dipukul ombak tetapi tiada sebarang tumpahan minyak berlaku. Hasil siasatan di lokasi pada hari kejadian, pasukan penyiasat JAS Terengganu telah mengesan bau minyak tetapi tidak kelihatan  minyak di permukaan air dan keadaan ombak sangat besar semasa kejadian tersebut.JAS Terengganu telah mengeluarkan satu notis arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pihak kapal supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan setiap hari di lokasi kejadian serta melaporkan kepada JAS Terengganu. JAS Terengganu akan terus memantau perkara ini sehingga selesai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan