Penerangan
27 Januari 2021 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu
Satu mesyuarat bertajuk “ENVIRONMENT PLAN MANAGEMENT (EMP) For Proposed Oxyalkylates Plant Kerteh Industrial Park Kerteh Terengganu Oleh PCC Oxyalkylates Malaysia Sdn. Bhd. telah diadakan secara maya di Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Y.Brs Encik Mohd Norli bin Abdullah dengan dihadiri bersama-sama pihak pemaju projek dan jururunding.
EMP merupakan salah satu syarat kelulusan laporan EIA, yang perlu disediakan dan dikemukakan oleh pihak pemaju kepada Jabatan Alam Sekitar untuk persetujuan sebelum memulakan sebarang aktiviti kerja tanah dan pembinaan bagi cadangan projek di tapak.Dokumen EMP ini juga merupakan komitmen pemaju dalam memastikan alam sekitar terpelihara seiring dengan pembangunan projek yang dilaksanakan.