28 Januari 2021, Batang Padang - Susulan aduan orang awam, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini telah menjalankan siasatan di Tapak Pelupusan Sampah dan mendapati beberapa jumbo bag disyaki mengandungi buangan terjadual berada di dalam timbunan sampah.
Persampelan telah dibuat dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya.
Premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan tidak melakukan perkara yang mencemarkan alam sekitar walaupun Perak masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Orang ramai diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.