PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR JAS WPKL BILANGAN 2/2020

DOE WP Kuala Lumpur 29/01/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR JAS WPKL BILANGAN 2/2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
29/01/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan Ops Gempur Bil. 2/2020 pada 10 hingga 12 Ogos 2020 ke atas beberapa buah premis di kawasan Seputeh, Bandar Tun Razak dan Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ops ini telah melibatkan seramai 30 orang pegawai penguatkuasa JAS WPKL dan dibahagikan kepada 13 pasukan. Objektif Ops ini adalah untuk memastikan pihak industri sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Selain itu, ianya juga untuk menunjukkan kesungguhan JAS dalam membanteras dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar AKAS 1974. Hasil ops tersebut, sebanyak 32 buah kilang didapati telah melakukan kesalahan di bawah AKAS 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan susulan itu sebanyak 60 tindakan penguatkuasaan telah diambil. Sebanyak 27 Arahan Lapangan (Field Citation), 14 Notis Arahan, 17 Tawaran Kompaun, satu (1) Penahanan Operasi Kelengkapan dikenakan serta satu (1) Kertas Siasatan dibuka untuk tindakan mahkamah.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan