PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR JAS WPKL BILANGAN 3/2020

DOE WP Kuala Lumpur 29/01/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR JAS WPKL BILANGAN 3/2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
29/01/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Ops Gempur Bil.3/2020 dari 21 hingga 23 September 2020 ke atas premis-premis dan projek-projek pembinaan loji pengolahan kumbahan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ops Gempur kali ini melibatkan sebanyak 38 orang pegawai penguatkuasa JAS WPKL yang dibahagikan kepada 12 pasukan. Objektif Ops Gempur kali ini adalah untuk memastikan pihak industri senantiasa mematuhi kehendak perundangan alam sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sepanjang menjalankan operasi ke atas premis. Selain itu, ianya bertujuan untuk menunjukkan kesungguhan dan komitmen Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam membanteras dan mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan alam sekitar. Dalam hal ini, JAS WPKL telahpun menjalankan siasatan terhadap 22 buah premis dan projek pengolahan kumbahan dengan 16 persampelan rasmi dilaksanakan. Kesemua sampel rasmi telahpun dikemukakan untuk analisa lanjut oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bagi menentukan status pamatuhan terhadap standard pelepasan yang telah ditetapkan. Sebanyak 21 Arahan Lapangan (Field Citation) telah dikeluarkan sepanjang Ops Gempur ini dijalankan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan