Penerangan
JAS WP Kuala Lumpur telah menjalankan program penguatkuasaan dan penyiasatan waktu malam beserta Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) pada setiap hari sepanjang bulan Januari 2021 yang meliputi Kawasan Perindustrian IKS Batu Muda, Kawasan Perindustrian Desa Tun Razak, Kepong, Kawasan Industri Spring Crest Batu Caves, Jalan Chan Sow Lin dan Kuchai Lama. Program penguatkuasaan ini bertujuan untuk memantau pematuhan premis/punca terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya. Disamping menjalankan tinjauan ke atas lokasi-lokasi yang kerap terjadi aktiviti/ kes aduan pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan malam. JAS WP Kuala Lumpur akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan yang berterusan terhadap AKAS 1974.