Penerangan
20 Januari 2021, Kluang : Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menerima satu aduan mengenai pencemaran kolam ikan. Pasukan penyiasat dari Unit Penguatkuasaan EIA dengan bantuan Pasukan Pengendali Dron telah menjalankan penyiasatan ke atas aduan yang diterima.
Kawasan yang terlibat merupakan kawasan kolam penternakan ikan berkeluasan kira-kira 100 ekar. Penggunaan drone ini telah dapat membantu pegawai penyiasat untuk mengenalpasti situasi dan kesahihan aduan. Daripada maklumat yang diperolehi ini dapat membantu JAS membuat keputusan yang lebih tepat.