Penerangan
19 Januari 2021, Muar : Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar optimis bagi mencegah pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut.
Rondaan akan kerap dilakukan sepanjang tempoh PKP ini bagi memastikan tiada sebarang pembakaran terbuka dilakukan dan menyulitkan lagi keadaan.
Selain itu, pemeriksaan terhadap fasiliti tanah gambut seperti sekatan air (check dam) dan telaga tiub (tube well) turut dijalankan untuk memastikan fasiliti dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan apabila perlu.
Orang ramai diseru supaya tidak melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00.