Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah bersama-sama menyertai perhimpunan bulanan Bil 1/2021 yang diadakan di ibu Pejabat, Putrajaya secara maya. Pegawai yang bekerja di pejabat bersama-sama Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey bin Yusoff mendengar amanat yang di sampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Puan Norlin Binti Jaafar bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. Bagi yang bekerja di cawangan, mereka menyertai perhimpunan bulanan ini melalui aplikasi Youtube di tempat masing-masing dengan mematuhi SOP mencegah penularan Covid-19.