Penerangan
17 Januari 2021, Pasir Gudang : Pada 12 Januari 2021 yang lalu, satu pasukan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan siasatan aduan pelepasan habuk di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Hasil siasatan didapati berasas. JAS telah mengambil tindakan dengan penahanan operasi kelengkapan premis tersebut di bawah seksyen 38(1)(a), Akta 127 bermula 12 Januari 2021 sehingga ke suatu tarikh penarikan balik. Siasatan ini dilakukan mengikut SOP penguatkuasaan di bawah AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974.