Penerangan
Semalam 31 Disember 2020 merupakan hari terakhir buat Hj Rosli Bin Manaf sebagai penjawat awam di Jabatan Alam Sekitar. Beliau mula berkhidmat pada 17 September 1990 sebagai Pegawai Kastam Tingkatan Biasa U8. Pada 1 November 1994 beliau ditawarkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C5. Beliau telah ditugaskan di JAS Pengerang pada 4 Disember 2017 dengan jawatan Penolong Pegawai Kawalan Kanan C38 sehingga 31 Disember 2020. Beliau telah berkhidmat selama 30 tahun dalam pekhidmatan awam. Selamat maju jaya kami ucapkan!