Penerangan
ADUAN HABUK BERWARNA HITAM DI GEMAS
21 Januari 2021, Gemas - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Cawangan Kuala Pilah telah menerima satu (1) aduan daripada sebuah premis di Gemas, Negeri Sembilan berkenaan pencemaran udara iaitu habuk berwarna hitam.
Aduan tersebut telah disiasat dengan segera oleh pasukan pegawai penyiasat JAS Cawangan Kuala Pilah di lokasi yang telah diadu.
Hasil siasatan mendapati habuk berwarna hitam tersebut adalah berpunca dari pelepasan cerobong sebuah kilang kelapa sawit yang berhampiran.
Pemantauan melalui Carta Ringelmann telah dilakukan. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.