Penerangan
18 Januari 2021 (Isnin), Mesyuarat dalaman telah diadakan bagi membincangkan isu berkaitan aduan berulang di Pulau Pinang. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat dan dipengerusikan oleh Cik Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Pulau Pinang. Antara aduan berulang yang dikenalpasti kerap diadu adalah aduan pembakaran terbuka yang berlaku dikawasan sekitar Batu Feringgi, Bukit Gambir, Paya Terubung, Sungai Ara, Teluk Kumbar di dalam Daerah Barat Daya dan Timur Laut Pulau Pinang