Penerangan
MENJEJAKI PENCEMARAN DI HUJUNG MINGGU
23 JANUARI 2021 - Pemantauan pada hujung minggu oleh pegawai-pegawai JAS Pahang merupakan aktiviti rutin dan berkala yang dijalankan. Pejabat JAS cawangan di cawangan Gebeng, Rompin, Temerloh dan Cameron Highlands juga tidak terkecuali dalam menjalankan pemantauan pada waktu cuti.
Pemantauan ini bagi mencegah daripada berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, pemakluman kepada orang ramai berkaitan larangan pembakaran terbuka juga dibuat dengan meletakkan poster di lokasi yang berpotensi berlakunya pembakaran terbuka.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang