KESEGERAAN DALAM TINDAKAN TERHADAP ADUAN PENCEMARAN
GEBENG, 23 JANUARI 2021 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng telah menjalankan siasatan terhadap aduan pencemaran Sungai Balok. Siasatan dijalankan dengan menyusuri sungai tersebut dan mendapati sebuah kilang disyaki melepaskan efluen tidak terawat ke Sungai Balok.
Persampelan telah dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya. JAS Cawangan Gebeng juga telah menahan operasi kelengkapan serta merta melalui pengeluaran Notis Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Semua pihak diingatkan untuk tidak melakukan pencemaran alam sekitar meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang