Penerangan
PLATFORM DALAM TALIAN DIGUNAKAN BAGI MENERUSKAN MESYUARAT EIA
KUANTAN, 21 JANUARI 2021 - Walaupun negara berada di bawah arahan PKP 2.0 dan Pahang akan juga berada dalam arahan PKP bermula esok, pemprosesan Laporan EIA tetap diteruskan bagi memastikan semua permohonan diproses tanpa gagal mengikut piagam yang ditetapkan.
Justeru, satu Laporan EIA di Daerah Rompin bagi projek pertanian yang telah diterima oleh JAS Pahang tetap diproses dan mesyuarat Jawatankuasa Semakan Teknikal EIA (EIATRC) bagi laporan tersebut telah diadakan secara atas talian.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Pahang, Tn Hj Mohd Sani b Mat Daud dan dihadiri oleh agensi teknikal seperti BKSA, PLAN MALAYSIA JAKOA dan JPS, pemaju dan jururunding. Pembentangan dilakukan oleh pihak pemaju dan jururunding mengenai langkah kawalan dan mitigasi terhadap elemen-elemen penjagaan alam sekitar seperti pencemaran air, udara, sisa buangan, flora, fauna, dan sebagainya.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang