Penerangan
PEMERIKSAAN INFRA TANAH GAMBUT BAGI KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
GEBENG, 20 JANUARI 2021 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang Cawangan Gebeng telah menjalankan pemeriksaan terhadap infra tanah gambut seperti sekatan air (check dam), telaga tiub (tube well) dan kolam takungan bagi memastikan ianya didalam keadaan yang baik dan berfungsi untuk mengekalkan paras air bagi melembabkan kawasan tanah gambut serta bersedia untuk digunakan apabila berlaku kebakaran di tanah gambut.
JAS Cawangan Gebeng juga turut menjalankan pemantauan secara rondaan darat dan melalui drone sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini bagi memastikan tiada sebarang pembakaran terbuka dilakukan.
Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang